WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

Thursday, April 1, 2021

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto


     Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan.

    Pada permulaan, kami sediakan dua lampu suluh yang berfungsi dengan baik untuk membuat percubaan pertama.

#1
Pencahayaannya adalah daripada atas ke bawah. Oleh itu, bayang-bayang wujud pada bola biru tersebut.

#2
Inilah percubaan kedua kami. Kami cuba meletakkan lampu suluh di bahagian kanan maka tiada bayang-bayang tetapi terdapat pantulan pada bahagian kanan bola tersebut.

Kemudian, kami berdua menjalankan amali sebenar dengan mengambil gambar objek bola minion dengan menggunakan mini studio (pencahayaann daripada sudut yang berbeza)


#3
Pencahayaan daripada atas ke bawa. Bayang-bayang wujud.

#4
Pencahayaan daripada arah kanan. Jelaslah bahawa pantulan cahaya ada pada permukaan bola minion tersebut.

#5
Pencahayaan datang daripada dua arah iaitu kiri dan kanan. Tiada bayang-bayang tetapi terdapat sedikit pantulan pada permukaan bola minion.

#6
Saya amat puas hati dengan gambar terakhir ini kerana tiada bayang-bayang dan pantulan yang jelas. Gambar ini ibarat level studio. Kami berdua cuba meletakkan lampu dengan jarak yang jauh daripada kotak. Oleh itu, bayang-bayang dan pantulan tidak ada sehingga dapat menghasilkan gambar yang seimbang ini.

        Kesimpulannya, berikutlah contoh-contoh foto kami berdua yang ambil. Saya dapat mempelajari bahawa pencahayaan merupakan satu aspek yang penting dalam fotografi. Oleh itu, saya berjanji akan berusaha menguasai teknik penggambaran supaya menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.

 










0 comments:

Post a Comment