WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

6.5 Unsur dan Prinsip Seni

Unsur Seni

Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.


Unsur-unsur seni.
-Garisan-
-Rupa-
-Bentuk-
-Jalinan-
-Ruang-
-Warna-

1.Garisan
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.
Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam menwujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak.
Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.
2.Rupa
Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya. Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.
Rupa terbahagi kepada empat iaitu :
  • Rupa geometri
  • Rupa organik
  • Rupa negatif
  • Rupa positif
3.Bentuk
Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu.
Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :
  • Bentuk konkrit
  • Bentuk ilusi
4.Jalinan.
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek.
Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :
  • Jalinan sentuh
  • Jalinan tampak

5.Ruang
Ruang.
Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.
Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.
Ruang terbahagi kepada dua iaitu :

  • Ruang terbuka
  • Ruang tertutup

6.Warna
Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan.
Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.
Warna terbahagi kepada :

  • Warna asas - merah, biru dan kuning
  • Warna sekunder - campuan dua warna sahaja daripada warna-warna asas
  • Warna tertiar
  • Warna monokrom - sewarna yang dicampur dengan warna putih dan hitam untuk mengawal kegelapan warna yang diingini.
  • Warna penggenap

Sumber: http://eytaturquoise.weebly.com/unsur-seni.html

Prinsip Rekaan
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk
 menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.


1.Harmoni
  • Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
  • Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
  • Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
  • Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

  • Harmoni dari segi bentuk
  • Harmoni dari segi garisan
  • Harmoni dari segi rupa
2.Kontra
  •  Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
  • Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
                                                                     Kontra dari segi warna
Kontra dari segi bentuk
3.Penegasan
  • Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
  • Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

4.Imbangan
  • Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
  • Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
  • a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) 
        b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5.Irama dan Pergerakan
  • Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
  • Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
  • Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan lain-lain lagi.

6.Kepelbagaian
  • Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
  • Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
  • Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

7.Kesatuan
  • Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
  • Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa


  • Sumber:http://senivisual1.blogspot.com/2011/03/prinsip-rekaan.html

0 comments:

Post a Comment