WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

6.3 Unsur Seni dan Prinsip Seni dalam Fotografi

 Unsur Seni dan Prinsip Seni dalam Fotografi

Unsur Seni dalam Fotografi :
-Bentuk-
-Jalinan-
-Rupa-
-Garisan-
-Pattern-

-Bentuk-
-Ketika shape sendiri dapat mengidentifikasikan objek, masih diperlukan form untuk memberi kesan padat dan 3D.
-Hal ini merupakan faktor penting untuk mencipta kesan kedalaman dan realiti.
-Kualiti ini tercipta dari pembentukan cahaya dan tone yang kemudian membentuk garis-garis dari sebuah objek.

-Jalinan-
-Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing dan lain-lain.
-Setiap objek yang berjalinan mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.


-Rupa-
-Salah satu formula yang paling mudah yang boleh membuat sebuah gambar menarik perhatian adalah dengan memberi keutamaan kepada sebuah elemen visual. Shape adalah salah satunya. 
-Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu ramai. 

-Garisan-
-Unsur seni yang paling asas.
-Jenis-jenis garisan:
-Garisan halus, garisan tebal, garisan berpancar, garisan berlingkar, garisan berbulu, garisan bersudut-sudut dan lain-lain lagi.

-Pattern-
-Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati. 

Prinsip Seni dalam Fotografi:
-Komposisi-
-Keseimbangan-
-Kontra-
-Harmoni-
-Dominan-
-Kesatuan-
-Pengulangan-

-Komposisi-
-Komposisi merujuk kepada gubahan/ membentuk atau reka bentuk dan penyusunan elemen dan kaitannya kepada latar belakang sesuatu imej.

-Keseimbangan-
-Imbangan dalam komposisi fotografi adalah suatu perkara yang membuat gambar kelihatan lebih harmoni. 
-Setiap tona, jisim, bentuk, pokok, ketulan batu, bangunan, talian, atau bayangan menyumbang sejumlah berat yang mesti disusun dengan betul dalam komposisi untuk memberi gambaran keseimbangan. 

-Dominan-
-Gambar foto harus melihat bahawa setiap bahagian mempunyai darjah kepentingan yang diperlukan.
-Gambar yang ditangkap harus menggabungkan bahagian-bahagian ini dengan darjah kepentingan yang diperlukan.

-Kesatuan-
-Kesatuan wujud pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya fotografi.
-Kesatuan boleh dilihat pada jalinan batang pokok, corak di badan ular sawa dan lain-lain lagi.



-Pengulangan-
-Pengulangan tidak semestinya memerlukan aspek yang sama tetapi boleh juga yang seiras atau hampir sama.
-Konsep pada corak boleh dianggapp sebagai pengulangan yang mampu mencipta harmoni dan irama.

0 comments:

Post a Comment