WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

4.4 Depth Of Field

 DEPTH OF FIELD

- Depth Of FieldDepth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.

- DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa,crop factor dan bukaan aperture.

- Jumlah jarak antara subjek yang paling dekat dan yang paling jauh yang dapat terpapar pada fokus yang tajam pada sekeping foto. 

- Misalnya, jika kita merakam dahan pokok yang mempunyai buah, daun dan ranting, maka yang akan nampak jelas pada foto yang telah dicetak adalah beberapa dahan dan daun di hadapan manakala semakin ke belakang semakin kabur.


Depth of field sangat tergantung pada:

a. Diafragma.
Semakin kecil bukaan diafragma, semakin besar depth of field yang dihasilkan.Bukaan penuh akan menghasilkan depth of field yang sangat teruk.

b. Jarak fokus lensa (focal length).
Semakin panjang focal length, semakin sempit depth of field. Maka dari itu, lensa wide angle memiliki depth of field yang sangat besar.

c. Jarak penggambaran.
Semakin dekat jaraknya, semakin sempit depth of field yang dihasilkan.
Fungsi depth of field adalah untuk mengaburkan latar belakang jika latar tersebut tidak sesuai dengan subjeknya.
Video pertama tentang penjelasan ringkas depth of field

Video kedua adalah panduan mengaplikasikan depth of field dalam fotografi


0 comments:

Post a Comment