WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

Saturday, February 6, 2021

Amali 5 : Shutter Speed


Pada 2 Februari 2021 (Selasa) yang lepas, saya telah mempelajari teknik shutter speed bersama rakan-rakan saya dengan menyertai pembelajaran secara online yang disampaikan oleh Encik Zaki. Saya menjalankan pengambilan foto ini di dalam dapur.
Berikut adalah hasil-hasil dan pemerhatian saya: 

Shutter speed : 1/10
blur, air sangat lembut, mungkin juga disebabkan goyangan tangan saya

Shutter speed: 50
aliran air jelas dinampak sikit tetapi masih tidak jelas



Shutter Speed: 100
bentuk air jelas dipemerhatikan tetapi gambar menjadi gelap kerana aperture saya tidak berubah, jadi ini menyebabkan kurang cahaya yang masuk apabila shutter speed bertambah tinggi.

Shutter Speed: 150
Air lebih jelas dinampak dalam pencahayaan yang kurang cukup,

Shutter Speed: 200
Gambar under exposure kerana pencahayaan ini tidak cukup. 
Hal ini demikian kerana shutter speed yang tinggi bererti lebih kurang cahaya yang masuk.

Kesimpulan:

- Setelah mempelajari shutter speed, saya dapat memahami hubungan antara shutter speed, aperture dan ISO. Mereka adalah saling bergantung antara satu sama lain.

-Shutter speed yang rendah, pergerakan objek yang diambil adalah lembut dan blur.

-Shutter speed yang tinggi, pergerakan objek yang diambil adalah jelas dengan menyesuaikan aperture yang sesuai supaya pencahayaan foto menjadi menarik.

Tuesday, February 2, 2021

Amali 4: ISO


Saya telah belajar ISO pada 3 Februari 2021 (Rabu). Encik Zaki, pensyarah pembimbing kami menunjukkan kawalan ISO dengan jelas. Oleh itu, saya telah mengambil beberapa gambar dengan menggunakan ISO yang berbeza. Berikutlah hasil-hasil foto saya :

ISO 100

ISO 400

1SO 800

ISO 1600

Berdasarkan pemerhatian saya, jelaslah bahawa:

Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang diambil.

- Sekiranya ingin mengambil gambar ditempat yang cerah seperti di bawah cahaya matahari, perlu menggunakan ISO yang rendah untuk mengelakkan gambar menjadi terlalu terang. 

- Sekiranya ingin mengambil gambar di tempat gelap seperti pada waktu malam, perlu menggunakan ISO yang tinggi untuk menghasilkan gambar yang jelas, tidak terlalu gelap.

Amali 3: Aperture


Saya telah belajar tentang teknik Aperture pada 2 Februari 2021 (Selasa).  Melalui aktiviti ini, saya berpeluang untuk mempraktikkan pengetahuan yang disampaikan oleh Encik Zaki semasa pengajaran atas talian. Di bawah berikut adalah kesan Aperture dengan jelas melalui perbandingan antara foto yang diambil.

f 4

f 6.3

f 9

f 14

f 18

Kesimpulannya, saya mendapati bahawa, 

- Aperture yang besar (bukaan pada lensa adalah besar), nilai f kecil, maka kamera akan fokus pada objek dan latar belakang menjadi kabur. 

- Aperture yang kecil (bukaan lensa adalah kecil), nilai f besar, maka latar belakang akan menjadi jelas.