WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

5.2 Kawalan ISO

-Dalam bidang fotografi, eksposure adalah salah satu kunci untuk menangkap imej yang hebat.

-Teknik ini penting dalam pengawalan jumlah cahaya yang terpapar atas sensor kamera.

-Eksposure akan membantu mengawal kamera anda dan mengambil foto yang lebih baik.

-Gabungan 3 kunci elemen: aperture, kelajuan shutter, ISO menghasilkan pendedahan imej yang terbaik. 

-Selain itu, ketiga-tiga elemen ini juga menyebabkan perubahan dalam medan kedalaman, gerakan kabur (bokeh), dan tahap bising imej (noise).


Segitiga pendedahan adalah cara terbaik untuk mengingati tiga elemen atau lebih dikenali sebagai tetapan (settings). Gabugan ketiga-tiga elemen ini mengawal jumlah cahaya yang ditangkap dari mana-mana objek yang diberikan.

Sampel imej yang ditangkap dengan pendedahan yang berbeza:

Pendedahan melampau (over-expose)

Pendedahan kurang (under-expose)

Pendedahan baik

Sebaik sahaja anda memahami , anda perlu mempelajari bagaimana setiap elemen pendedahan berfungsi bersama.

Dalam asas fotografi, pendedahan adalah yang paling penting. Dengan itu, pengenalan dan pemahaman dalam ketiga-tiga elemen ini: aperturekelajuan shutter dan ISO adalah penting. Dan bagaimana setiap elemen ini berfungsi bersama untuk menghasilkan imeg terbaik perlu diperlajari.

Dengan kemajuan teknologi, pelbagai teknik boleh membantu menghasilkan gambar yang terbaik dengan pendedahan optimum. Salah satu teknik yang biasa digunakan dikenali sebagai Teknik Pengimejan Pelbagai Dinamik Tinggi (HDR).

Gambar dengan HDR


Sumber: https://www.mindafotografi.com/mengenali-pendedahan-eksposure/





0 comments:

Post a Comment