WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

Tugasan 2: Penghasilan Karya

 Tajuk Karya Pertama: They Protect Us. Let's Protect them.

Tajuk                  : They Protect Us.Let’s protect them.

Teknik                : Medium Shot

Komposisi          : Titik tengah

Lokasi                : Di dalam rumah

Cuaca                : Petang, panas

Kamera              : Canon EOS 700D

Speed                : 1/125s

Aperture             : f5.6

ISO                    : 100

Lensa                 :24mm

Menggunakan Tripod: Tidak

Apresiasi Ringkas:

Pada pandangan saya, kes-kes Covid-19 yang semakin meningkat ini mendorong saya menjadi kreatif kerana saya memerhatikan banyak penutup mulut dibuang di rata-rata tempat. Keadaan ini amat menyakitkan hati saya kerana ramai rakyat tidak mempunyai kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Pada pandangan saya, penutup mulut ini melindungi kita agar mengelakkan virus memasuki badan kita melalui air liur, hidung, atau mulut. Akan tetapi, manusia membuang penutup mulut sehingga mencemarkan alam sekitar. Oleh itu, saya mengambil gambar ini sebagai peringatan dan menimbulkan kesedaran terhadap kalangan orang ramai iaitu penutup mulut melindungi kita, kita juga mestilah melindungi bumi dengan membuang penutup mulut ke dalam tong sampah. Globe bumi dunia ini berada di tengah-tengah foto gambar maka cara penyusunan ruang bagi elemen objek yang terpenting berada di titik fokus. Globe bumi dunia merupakan point of interest (POI) yang ingin saya diketengahkan. Saya berharap semua orang tidak lagi membuang penutup mulut di rata-rata tempat pada waktu pandemik Covid-19.

Tajuk Karya 5R: Air Terjun Menderu Kerteh

Tajuk                  : Air Terjun Menderu Kerteh

Teknik                : Slow Speed

Komposisi          : Rule of Third

Lokasi                : Kampung Chabang, Kerteh

Cuaca                : Waktu senja, pukul 6pm

Kamera              : Canon EOS 700D

Speed                : 1/50s

Aperture             : f5.6

ISO                    : 200

Lensa                 :24mm

Menggunakan Tripod: Tidak

Apresiasi ringkas:  

Air terjun semula jadi merupakan khazanah daripada Tuhan. Ayah saya selalu membawa abang dan saya pergi ke air terjun main air pada masa kecil dahulu. Saya sukan bermain di air terjun kerana suasana sangat selesa dan airnya sejuk. Tujuan saya mengambil gambar ini adalah untuk menimbulkan kesedaran semua orang boleh menghargai alam semula jadi supaya tidak merosakkan keindahan air terjun. Dengan ini, saya berharap setiap individu boleh menikmati keindahan alam air terjun dengan menjaga kebersihan dan keselamatan diri masing-masing supaya tidak terjatuh kerana batu-batu air terjun yang licin.


0 comments:

Post a Comment