WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

Tuesday, March 30, 2021

Perancangan Studio Di dalam Rumah


Hari ini bertarikh 31.3.2021 (Rabu), saya telah mengajak rakan fotografi saya, Goh Bee Leng mendirikan satu mini studio fotografi di dalam rumah kami. Kami bekerjasama mencari bahan-bahan yang sesuai dan ruang yang luas untuk mendirikan mini studio. Berikut merupakan studio yang kami dirikan:

Pelan


Peralatan Yang Digunakan:

-Kertas Mahjung x2
-Lampu Suluh x2
-Tripod x2
-Iphone 11

Budget Mini Studio:

-Iphone 11           RM3000
-Lampu suluh      RM 20
-Tripod                RM40
-Kertas Mahjung RM 1
-Jumlah               RM 3061

Konsep Studio :

Menangkap gambar model potret dengan pose yang berbeza.

Contoh Gambar Potret:


Hasil Gambar Potret:

#1
Kawan saya Goh Bee Leng menjadikan model saya. Saya amat berterima kasih kepada rakan saya kerana sudi menjadi model saya. Kami bersama-sama mencuba mengambil gambar potret yang cantik. Pada mulanya, kami memerhatikan terdapat bayang-bayang pada gambar tersebut.

#2
Gambar potret ini lebih cantik sikit kerana tiada lampu yang pantul pada kertas mahjung.

#3
Kami berdua bersama-sama mencari jalan penyelesaian supaya mengambil gambar potret yang tiada bayang-bayang. Oleh itu, kami cuba menjauhkan jarak lampu daripada model. Akhirnya, kami boleh mendapati bahawa terdapat penambahbaikkan selepas lampu suluh dijauhkan daripada model dan bayang-bayang akan menjadi kurang sikit.



#4
Gambar potret ini tiada bayang-bayang lagi tetapi resolution gambar kurang jelas.

Kesimpulannya, kami akan berusaha meningkatkan kemahiran pengambilan gambar potret. Kami berdua berasa sangat seronok dengan mencuba banyak kali untuk mengambil gambar potret secara mini studio di dalam rumah kami.
 






0 comments:

Post a Comment