Amali 5 : Shutter Speed
Pada 2 Februari 2021 (Selasa) yang lepas, saya telah mempelajari teknik shutter speed bersama rakan-rakan saya dengan menyertai pembelajaran secara online yang disampaikan oleh Encik Zaki. Saya menjalankan pengambilan foto ini di dalam dapur.
Berikut adalah hasil-hasil dan pemerhatian saya:
Shutter speed : 1/10
blur, air sangat lembut, mungkin juga disebabkan goyangan tangan saya
Shutter speed: 50
aliran air jelas dinampak sikit tetapi masih tidak jelas
Shutter Speed: 100
bentuk air jelas dipemerhatikan tetapi gambar menjadi gelap kerana aperture saya tidak berubah, jadi ini menyebabkan kurang cahaya yang masuk apabila shutter speed bertambah tinggi.
Shutter Speed: 150
Air lebih jelas dinampak dalam pencahayaan yang kurang cukup,
Shutter Speed: 200
Gambar under exposure kerana pencahayaan ini tidak cukup.
Hal ini demikian kerana shutter speed yang tinggi bererti lebih kurang cahaya yang masuk.
Kesimpulan:
- Setelah mempelajari shutter speed, saya dapat memahami hubungan antara shutter speed, aperture dan ISO. Mereka adalah saling bergantung antara satu sama lain.
-Shutter speed yang rendah, pergerakan objek yang diambil adalah lembut dan blur.
-Shutter speed yang tinggi, pergerakan objek yang diambil adalah jelas dengan menyesuaikan aperture yang sesuai supaya pencahayaan foto menjadi menarik.
0 comments:
Post a Comment