WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

Wednesday, February 17, 2021

Amali 9: Shape and Form, Patterns dan Framing


 Hari ini 18/2/2021 ( Khamis), saya telah belajar komposisi shape and form, patterns dan framing dengan mendalam lagi. Setelah menjalankan amali, saya sedar bahawa saya dapat membezakan komposisi shape and form, pattens dan framing. Di bawah adalah contoh-contoh gambar yang saya ambil:

1.Komposisi: Shape and Form

Aperture: f5.6

Shutter speed: 1/250

ISO: 100


2.Komposisi: Patterns

Aperture: f6.8

Shutter speed: 1/125

ISO: 100


3.Komposisi: Framing

Aperture: f5.6

Shutter speed: 1/250

ISO: 100


Rumusannya, saya dapat mengaplikasikan komposisi ketiga-tiga ini dengan tepat dan betul supaya menghasilkan gambar foto yang cantik.

Tuesday, February 16, 2021

Amali 8: Rule of Third & Leading Lines


 Hari Rabu(17/2/2021) ini saya telah belajar 10 komposisi yang terdapat di dalam RMK. Komposisi adalah cara kita menyusun objek dalam foto supaya menghasilkan foto yang cantik. Oleh itu, saya telah menjalankan amali bagi mempelajari komposisi rule of third dan leading lines.

Komposisi: Rule of Third

Latte berada di tengah-tengah tempat.

Komposisi: Leading Lines (Curves)

Gambar ini menggunakan komposisi leading line (curve) yang mampu membimbing mata kita ke arah hadapan.


Kesimpulannya, komposisi yang bagus dan tepat dapat melahirkan jiwa kepada foto tersebut.


Monday, February 15, 2021

Amali 8 : Night Photography


Pada 16 Februari malam, saya menangkap gambar pada waktu malam. Saya faham kepentingan mengatur kombinasi ISO, Shutter Speed, Aperture yang sesuai untuk mengambil gambar foto malam selepas pengajaran yang disampaikan oleh Encik Zaki. Di bawah berikut merupakan hasil night fotografi saya.

Gambar 1 
ISO 1000
Shutter speed 1/100
Aperture f 1.8

Gambar 2 
ISO 1500
Shutter speed 1/100
Aperture f 5.6

Gambar 3
ISO 1500
Shutter speed 1/100
Aperture f 11

Ketiga-tiga gambar tersebut saya paling suka gambar kedua kerana gambar tersebut adalah paling jelas dan cahayanya amat memuaskan. Oleh itu, ingin menangkap night foto yang cantik mestilah cuba beberapa kali sehingga puas hati. Dapat tangkap gambar lawa, mana tak seronokkan ? hehe...

Amali 7 : Teknik Panning


Hari ini (16 Februari 2021) saya telah belajar teknik panning dengan Encik Zaki atas talian. Saya faham bahawa cara melakukan panning adalah dengan menggerakkan kamera searah dengan arah gerakan objek sehingga objek akan tampak fokus, sementara background akan tampak kabur/blur.

Berikutlah hasil foto saya:

ISO 100

Aperture f5.6

Shutter speed 1/50


Adik saya sedang bermain skateboard pada waktu petang tadi.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa teknik panning boleh menghasilkan foto gambar yang menarik kerana objek yang bergerak boleh difokus manakala background akan menjadi blur. Pada pandangan saya, bagi menguasai teknik panning ini kena pandai menguasai timing kamera barulah dapat hasil foto yang jelas dan menarik.