WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

Monday, February 8, 2021

Amali 6: Proses Pembelajaran Teknik & Komposisi Fotografi


            Saya tidak menyesal  pilih elektif fotografi ini kerana saya berpeluang belajar dengan Encik Zaki tentang ilmu pengetahuan fotografi. Semasa menjayakan kerja kursus ini, saya memperoleh kenangan yang manis apabila menangkap foto dengan teknik dan komposisi yang berbeza. Saya berasa sangat seronok dalam proses pembelajaran teknik dan komposisi fotografi.

Gambar 1 Saya melayari internet untuk mencari bahan-bahan maklumat tentang fotografi.

            Sebelum memulakan tugasan satu ini, Encik Zaki banyak memberikan dorongan dan penjelasan yang jelas kepada kita. Apabila kita menghadapi masalah dalam fotografi, beliau akan memberikan cadangan-cadangan yang bagus kepada kita. Sebagai guru abad ke-21, saya rasa menguasai satu bakat dalam teknologi dalam pendidikan iaitu fotografi mendatangkan seribu satu faedah.

            Di sini saya ingin kongsikan pengalaman dan proses pembelajaran teknik dan komposisi fotografi. Saya akan menunjukkan foto-foto kurang memuaskan yang saya tangkap sebagai refleksi dan satu pengajaran kepada saya untuk meningkatkan kualiti penggambaran saya.

            Yang pertama, saya lebih mengenali teknik-teknik fotografi mempunyai istilah dan cara masing-masing. Contohnya, teknik panning ialah slow speed kalau teknik high speed adalah membekukan pergerakan sesuatu objek. Melalui banyak kali latihan, saya telah mempratikkan teknik ini dengan memastikan shutter speed yang cukup tinggi barulah boleh jelas nampak pergerakan.

Gambar 2 menunjukkan foto yang gagal kerana shutter speed yang rendah menjadi foto adalah kabur.

            Yang kedua, satu pengalaman lagi yang amat memanfaatkan saya ialah teknik close up dan teknik makro. Rupa-rupanya, kedua-dua teknik adalah berbeza. Selepas penerangan yang diberi oleh Encik Zaki, saya dapat faham bahawa teknik close up ialah teknik jarak dekat manakala teknik makro ialah menggunakan lens yang lebih panjang sehingga boleh menangkap bulu lalat. Bagi saya, saya hanya boleh mengaplikasikan teknik close up untuk menangkap gambar dengan lens 24mm-55mm.

Gambar 3 Saya mengaplikasikan teknik close up dengan anak kucing saya.

            Selain itu, saya juga dapat mengenali teknik low angle iaitu dari kedudukan yang rendah ke kedudukan yang tinggi. Terdapat juga teknik high angle iaitu dari kedudukan yang tinggi ke kedudukan yang rendah. Teknik-teknik biasa kita guna tapi kita tidak tahu panggilan formal.

Gambar 4 Saya mengaplikasikan teknik low angle.

            Yang ketiga, dalam proses pembelajaran komposisi fotografi pula, saya lebih faham bahawa bagaimanakah cara kita menyusun objek dalam sesebuah foto supaya menghasilkan satu karya foto yang bagus. Saya telah mengenali pelbagai jenis komposisi fotografi. Contohnya, keseimbangan simetri, framing, leading lines, rule of third, texture, diagonal dan lain-lain lagi. Saya mengambil banyak keping foto sebagai latihan dan membetulkan teknik penggambaran diri sendiri. Di bawah menunjukkan gambar-gambar yang saya ambil:

Gambar 5 Komposisi simetri

Gambar 6 Komposisi framing(ada dalam kerja tugasan, dalam teknik candid)

Gambar 7 Texture 

Gambar 8 Rule of Third

Gambar 9 Curving Lines

Gambar 10 Rule of Third

            Yang keempat, disebabkan saya tidak mempunyai tripod, maka saya sentiasa memegang kamera dslr saya dengan cara yang betul supaya imej boleh difokus dengan baik. Bagi tujuan keselamatan, saya sedar bahawa tali kena pakai di atas leher supaya mengelakkan kamera jatuh.

Gambar 11 Cara saya memegang kamera dslr untuk mengambil gambar.

            Tambahan pula, saya ingin berkongsi pengalaman saya mengambil gambar pada waktu malam, teknik penggambarannya adalah berbeza dengan pagi. Tanpa pencahayaan yang cukup, saya kena sendiri pandai menggunakan shutter speed, aperture, ISO yang sesuai untuk menangkap foto yang bagus pada waktu malam. Berikutnya saya akan menunjukkan efek foto yang berbeza dengan shutter speed, aperture dan ISO yang berbeza. Contoh:

Gambar 12 Shutter speed yang rendah, Aperture dan ISO yang rendah akan menjadikan objek tidak dpat difokus.

Gambar 14 Shutter speed yang tinggi, Aperture yang rendah dan ISO yang rendah menjadikan background gelap tapi dapat fokus lampu tiang.

            Kesimpulannya, saya amat bersyukur dengan apa yang saya dapat dan berpeluang menangkap gambar dengan teknik dan komposisi yang betul. Saya berasa sangat seronok apabila boleh memerhatikan alam semula jadi yang cantik ini. Sudah lama saya tidak keluar dari rumah sepanjang pkp ini. Tanpa keluar dari rumah, saya tidak akan tahu bahawa betapa cantiknya alam sekitar di kawasan rumah saya. Melalui kerja kursus ini, saya lebih faham betapa pentingnya komposisi dan teknik yang betul untuk menghasilkan satu foto yang bagus. Oleh itu, saya ingin berterima kasih kepada Encik Zaki dan rakan-rakan saya. Saya berjanji akan berusaha untuk meningkatkan kualiti penggambaran saya pada masa kelak nanti.












0 comments:

Post a Comment