WEI SAN

Unit:S3
Major: SJKC BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: CANON EOS 700D

Search This Blog

Powered by Blogger.

Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto

       Pada 1.4.2021 (Khamis), saya menjalankan satu amali mini studio fotografi bersama Goh Bee Leng setelah light box berjaya dihasilkan. ...

Wednesday, February 17, 2021

Amali 9: Shape and Form, Patterns dan Framing


 Hari ini 18/2/2021 ( Khamis), saya telah belajar komposisi shape and form, patterns dan framing dengan mendalam lagi. Setelah menjalankan amali, saya sedar bahawa saya dapat membezakan komposisi shape and form, pattens dan framing. Di bawah adalah contoh-contoh gambar yang saya ambil:

1.Komposisi: Shape and Form

Aperture: f5.6

Shutter speed: 1/250

ISO: 100


2.Komposisi: Patterns

Aperture: f6.8

Shutter speed: 1/125

ISO: 100


3.Komposisi: Framing

Aperture: f5.6

Shutter speed: 1/250

ISO: 100


Rumusannya, saya dapat mengaplikasikan komposisi ketiga-tiga ini dengan tepat dan betul supaya menghasilkan gambar foto yang cantik.

Tuesday, February 16, 2021

Amali 8: Rule of Third & Leading Lines


 Hari Rabu(17/2/2021) ini saya telah belajar 10 komposisi yang terdapat di dalam RMK. Komposisi adalah cara kita menyusun objek dalam foto supaya menghasilkan foto yang cantik. Oleh itu, saya telah menjalankan amali bagi mempelajari komposisi rule of third dan leading lines.

Komposisi: Rule of Third

Latte berada di tengah-tengah tempat.

Komposisi: Leading Lines (Curves)

Gambar ini menggunakan komposisi leading line (curve) yang mampu membimbing mata kita ke arah hadapan.


Kesimpulannya, komposisi yang bagus dan tepat dapat melahirkan jiwa kepada foto tersebut.


Monday, February 15, 2021

Amali 8 : Night Photography


Pada 16 Februari malam, saya menangkap gambar pada waktu malam. Saya faham kepentingan mengatur kombinasi ISO, Shutter Speed, Aperture yang sesuai untuk mengambil gambar foto malam selepas pengajaran yang disampaikan oleh Encik Zaki. Di bawah berikut merupakan hasil night fotografi saya.

Gambar 1 
ISO 1000
Shutter speed 1/100
Aperture f 1.8

Gambar 2 
ISO 1500
Shutter speed 1/100
Aperture f 5.6

Gambar 3
ISO 1500
Shutter speed 1/100
Aperture f 11

Ketiga-tiga gambar tersebut saya paling suka gambar kedua kerana gambar tersebut adalah paling jelas dan cahayanya amat memuaskan. Oleh itu, ingin menangkap night foto yang cantik mestilah cuba beberapa kali sehingga puas hati. Dapat tangkap gambar lawa, mana tak seronokkan ? hehe...

Amali 7 : Teknik Panning


Hari ini (16 Februari 2021) saya telah belajar teknik panning dengan Encik Zaki atas talian. Saya faham bahawa cara melakukan panning adalah dengan menggerakkan kamera searah dengan arah gerakan objek sehingga objek akan tampak fokus, sementara background akan tampak kabur/blur.

Berikutlah hasil foto saya:

ISO 100

Aperture f5.6

Shutter speed 1/50


Adik saya sedang bermain skateboard pada waktu petang tadi.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa teknik panning boleh menghasilkan foto gambar yang menarik kerana objek yang bergerak boleh difokus manakala background akan menjadi blur. Pada pandangan saya, bagi menguasai teknik panning ini kena pandai menguasai timing kamera barulah dapat hasil foto yang jelas dan menarik.

Monday, February 8, 2021

Amali 6: Proses Pembelajaran Teknik & Komposisi Fotografi


            Saya tidak menyesal  pilih elektif fotografi ini kerana saya berpeluang belajar dengan Encik Zaki tentang ilmu pengetahuan fotografi. Semasa menjayakan kerja kursus ini, saya memperoleh kenangan yang manis apabila menangkap foto dengan teknik dan komposisi yang berbeza. Saya berasa sangat seronok dalam proses pembelajaran teknik dan komposisi fotografi.

Gambar 1 Saya melayari internet untuk mencari bahan-bahan maklumat tentang fotografi.

            Sebelum memulakan tugasan satu ini, Encik Zaki banyak memberikan dorongan dan penjelasan yang jelas kepada kita. Apabila kita menghadapi masalah dalam fotografi, beliau akan memberikan cadangan-cadangan yang bagus kepada kita. Sebagai guru abad ke-21, saya rasa menguasai satu bakat dalam teknologi dalam pendidikan iaitu fotografi mendatangkan seribu satu faedah.

            Di sini saya ingin kongsikan pengalaman dan proses pembelajaran teknik dan komposisi fotografi. Saya akan menunjukkan foto-foto kurang memuaskan yang saya tangkap sebagai refleksi dan satu pengajaran kepada saya untuk meningkatkan kualiti penggambaran saya.

            Yang pertama, saya lebih mengenali teknik-teknik fotografi mempunyai istilah dan cara masing-masing. Contohnya, teknik panning ialah slow speed kalau teknik high speed adalah membekukan pergerakan sesuatu objek. Melalui banyak kali latihan, saya telah mempratikkan teknik ini dengan memastikan shutter speed yang cukup tinggi barulah boleh jelas nampak pergerakan.

Gambar 2 menunjukkan foto yang gagal kerana shutter speed yang rendah menjadi foto adalah kabur.

            Yang kedua, satu pengalaman lagi yang amat memanfaatkan saya ialah teknik close up dan teknik makro. Rupa-rupanya, kedua-dua teknik adalah berbeza. Selepas penerangan yang diberi oleh Encik Zaki, saya dapat faham bahawa teknik close up ialah teknik jarak dekat manakala teknik makro ialah menggunakan lens yang lebih panjang sehingga boleh menangkap bulu lalat. Bagi saya, saya hanya boleh mengaplikasikan teknik close up untuk menangkap gambar dengan lens 24mm-55mm.

Gambar 3 Saya mengaplikasikan teknik close up dengan anak kucing saya.

            Selain itu, saya juga dapat mengenali teknik low angle iaitu dari kedudukan yang rendah ke kedudukan yang tinggi. Terdapat juga teknik high angle iaitu dari kedudukan yang tinggi ke kedudukan yang rendah. Teknik-teknik biasa kita guna tapi kita tidak tahu panggilan formal.

Gambar 4 Saya mengaplikasikan teknik low angle.

            Yang ketiga, dalam proses pembelajaran komposisi fotografi pula, saya lebih faham bahawa bagaimanakah cara kita menyusun objek dalam sesebuah foto supaya menghasilkan satu karya foto yang bagus. Saya telah mengenali pelbagai jenis komposisi fotografi. Contohnya, keseimbangan simetri, framing, leading lines, rule of third, texture, diagonal dan lain-lain lagi. Saya mengambil banyak keping foto sebagai latihan dan membetulkan teknik penggambaran diri sendiri. Di bawah menunjukkan gambar-gambar yang saya ambil:

Gambar 5 Komposisi simetri

Gambar 6 Komposisi framing(ada dalam kerja tugasan, dalam teknik candid)

Gambar 7 Texture 

Gambar 8 Rule of Third

Gambar 9 Curving Lines

Gambar 10 Rule of Third

            Yang keempat, disebabkan saya tidak mempunyai tripod, maka saya sentiasa memegang kamera dslr saya dengan cara yang betul supaya imej boleh difokus dengan baik. Bagi tujuan keselamatan, saya sedar bahawa tali kena pakai di atas leher supaya mengelakkan kamera jatuh.

Gambar 11 Cara saya memegang kamera dslr untuk mengambil gambar.

            Tambahan pula, saya ingin berkongsi pengalaman saya mengambil gambar pada waktu malam, teknik penggambarannya adalah berbeza dengan pagi. Tanpa pencahayaan yang cukup, saya kena sendiri pandai menggunakan shutter speed, aperture, ISO yang sesuai untuk menangkap foto yang bagus pada waktu malam. Berikutnya saya akan menunjukkan efek foto yang berbeza dengan shutter speed, aperture dan ISO yang berbeza. Contoh:

Gambar 12 Shutter speed yang rendah, Aperture dan ISO yang rendah akan menjadikan objek tidak dpat difokus.

Gambar 14 Shutter speed yang tinggi, Aperture yang rendah dan ISO yang rendah menjadikan background gelap tapi dapat fokus lampu tiang.

            Kesimpulannya, saya amat bersyukur dengan apa yang saya dapat dan berpeluang menangkap gambar dengan teknik dan komposisi yang betul. Saya berasa sangat seronok apabila boleh memerhatikan alam semula jadi yang cantik ini. Sudah lama saya tidak keluar dari rumah sepanjang pkp ini. Tanpa keluar dari rumah, saya tidak akan tahu bahawa betapa cantiknya alam sekitar di kawasan rumah saya. Melalui kerja kursus ini, saya lebih faham betapa pentingnya komposisi dan teknik yang betul untuk menghasilkan satu foto yang bagus. Oleh itu, saya ingin berterima kasih kepada Encik Zaki dan rakan-rakan saya. Saya berjanji akan berusaha untuk meningkatkan kualiti penggambaran saya pada masa kelak nanti.












Saturday, February 6, 2021

Amali 5 : Shutter Speed


Pada 2 Februari 2021 (Selasa) yang lepas, saya telah mempelajari teknik shutter speed bersama rakan-rakan saya dengan menyertai pembelajaran secara online yang disampaikan oleh Encik Zaki. Saya menjalankan pengambilan foto ini di dalam dapur.
Berikut adalah hasil-hasil dan pemerhatian saya: 

Shutter speed : 1/10
blur, air sangat lembut, mungkin juga disebabkan goyangan tangan saya

Shutter speed: 50
aliran air jelas dinampak sikit tetapi masih tidak jelas



Shutter Speed: 100
bentuk air jelas dipemerhatikan tetapi gambar menjadi gelap kerana aperture saya tidak berubah, jadi ini menyebabkan kurang cahaya yang masuk apabila shutter speed bertambah tinggi.

Shutter Speed: 150
Air lebih jelas dinampak dalam pencahayaan yang kurang cukup,

Shutter Speed: 200
Gambar under exposure kerana pencahayaan ini tidak cukup. 
Hal ini demikian kerana shutter speed yang tinggi bererti lebih kurang cahaya yang masuk.

Kesimpulan:

- Setelah mempelajari shutter speed, saya dapat memahami hubungan antara shutter speed, aperture dan ISO. Mereka adalah saling bergantung antara satu sama lain.

-Shutter speed yang rendah, pergerakan objek yang diambil adalah lembut dan blur.

-Shutter speed yang tinggi, pergerakan objek yang diambil adalah jelas dengan menyesuaikan aperture yang sesuai supaya pencahayaan foto menjadi menarik.

Tuesday, February 2, 2021

Amali 4: ISO


Saya telah belajar ISO pada 3 Februari 2021 (Rabu). Encik Zaki, pensyarah pembimbing kami menunjukkan kawalan ISO dengan jelas. Oleh itu, saya telah mengambil beberapa gambar dengan menggunakan ISO yang berbeza. Berikutlah hasil-hasil foto saya :

ISO 100

ISO 400

1SO 800

ISO 1600

Berdasarkan pemerhatian saya, jelaslah bahawa:

Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang diambil.

- Sekiranya ingin mengambil gambar ditempat yang cerah seperti di bawah cahaya matahari, perlu menggunakan ISO yang rendah untuk mengelakkan gambar menjadi terlalu terang. 

- Sekiranya ingin mengambil gambar di tempat gelap seperti pada waktu malam, perlu menggunakan ISO yang tinggi untuk menghasilkan gambar yang jelas, tidak terlalu gelap.

Amali 3: Aperture


Saya telah belajar tentang teknik Aperture pada 2 Februari 2021 (Selasa).  Melalui aktiviti ini, saya berpeluang untuk mempraktikkan pengetahuan yang disampaikan oleh Encik Zaki semasa pengajaran atas talian. Di bawah berikut adalah kesan Aperture dengan jelas melalui perbandingan antara foto yang diambil.

f 4

f 6.3

f 9

f 14

f 18

Kesimpulannya, saya mendapati bahawa, 

- Aperture yang besar (bukaan pada lensa adalah besar), nilai f kecil, maka kamera akan fokus pada objek dan latar belakang menjadi kabur. 

- Aperture yang kecil (bukaan lensa adalah kecil), nilai f besar, maka latar belakang akan menjadi jelas.

Saturday, January 30, 2021

Amali satu : Teknik Memokus


 Di sini, saya akan kongsikan pengalaman saya bagi mengaplikasikan teknik memfokus dengan menggunakan kamera dslr saya.


Inilah bukti saya meletakkan kamera saya di atas tripod.....Jelasnya bahawa ia sangat stabil.


Ini cara saya memegang tapak kamera supaya ia berada dalam keadaan yang stabil dan boleh memfokus pada objek.


Seterusnya, saya juga akan ejas lens kamera bagi menangkap gambar yang ingin saya ambil.






Tuesday, January 26, 2021

Amali dua :Perbandingan white balance


Salam sejahtera. Saya telah memepelajari white balance pada 27 Januari 2020 (Rabu) dengan Encik Zaki secara talian ......Inilah kali pertama saya menangkap gambar anak kucing kesayangan saya yang bernama 'Latte' dengan menggunakan White Balance yang berbeza.....

1.Daylight 5000K
Oleh sebab saya dan Latte ada berada di dalam bilik (indoor), maka nada warna ni kurang jelas. Pada pandangan saya, mode daylight ini sesuai bagi menangkap gambar pemandangan yang indah nian.

2. Shade 7000K
Saya ingin kongsikan hasil foto ini...saya amat suka mode shade ini  kerana ia menjadikan gambar lebih merah sikit....Kulit Latte oren sikit jadi shade ini sesuai untuk hari yang cerah dan sintone yang sedikit kekuningan.

3. Cloudy 6000K
Berbanding dengan shade, saya rasa shade lebih warna daripada cloudy. Ringkasnya, setting ini memberkan gambar yang lebih warm (oren) kerana cahaya daripada yang cloudy dan shady akan memberikan warna sedikit kebiruan kepada objek.

4. Tungsten Light 3200K
Setting ini menjadikan gambar agak cool...sangat biru.

5. White Fluorescent Light 4000K
Setting ini lebih warm daripada Tungsten kerana suhunya adalah 4000K berbanding dengan Tungsten yang 3200K.....Sekiranya lampu kebiruan dalam bilik pula, gambar akan jadi putih semula.

6. Flash
Flash ini membuarkan gambar menjadi lebih warm kerana penggunaan flash akan menghasilkan gambar yang cool. Oleh sebab background foto ini adalah hitam jadi efeknya sukar dikesan.